Sunday, 14 August 2011

Laksam















Resepi laksam

Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur - pilihan
secubit garam

Cara menyediakan:
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata dan tapis. Panaskan pengukus.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk/dulang dalam pengukus.Sendukkan adunan ke dlm dulang dan ratakan tipis2.Kukus hingga masak iaitu adunan menggelembung bila masak (anggaran 4-5 min). Angkat, biarkan sekejab barulah digulung kemas. Potong bulat2. Adunan di atas dpt 13 btg bagi saiz dulang sederhana. Hidangkan dgn kuah lemak,ulam2 dan sambal belacan.

nota
Pastikan adunan dikacau setiap kali sebelum disendukkan dlm tudung periuk.dulang diletakkan dulu dlm pengukus sekejap...biarkan panas barulah diletakkan adunan.Jgn lupa sapu minyak di dulang setiap kali nak letak adunan. adunan menggelembung tanda laksam dah masak.boleh angkat dan gulung.... 



Kuah Lemak
bahan2
1/2 kg ikan kembung/ikan tamban/ikan sardin - ikan direbus dgn asam keping dan dibuang tulang dan dimesin
6-7 ulas bawang merah-mesin dgn ikan
1 biji kelapa @ 1 1/2 pkt santan segera-utk santan anggaran 6-7 cawan tp kalau pekat boleh tambah air lagi dlm kuah.
2 keping asam keping ,
1 sudu makan lada hitam-ditumbuk/debu- kalau nak kuah cantik guna lada putih
1 sudu keresek (pilihan)
garam,

bahan2 sampingan:
sambal
timun,daun serai,kubis,taugeh

Cara
Masukkan ikan rebus yg telah ditumbuk lumat/mesin dgn bawang merah ,lada hitam & asam keping serta sedikit santan/air dlm periuk.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan yg selebihnya dan kerisik.Kacau sebati sehingga mendidih, kacau jgn bagi berketul kuahnya. tambahkan garam mengikut citarasa.sedia utk dihidang dgn ulam.

No comments:

Post a Comment