Monday, 1 August 2011

Zaman Persekolahan Yang Mengujakan

Sekolah Menengah Kelana Jaya...

Aku berasa bangga kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman di sini. Selain dari menuntut ilmu, aku juga dapat mengenali ramai kawan2 dimana kini masing2 telah berjaya dlm bidang masing2.


Sahabat terbaek, yang aku kenal sejak di tingkatan 1 hinggalah kami ke tingkatan 5. Walaupun berlainan latar belakang & keturunan, tidak menghalang untuk kami terus bersahabat baik dan terus aktif dengan aktiviti sekolah. 
Masa form 5, kami aktif memasuki pertandingan nasyid dan berjaya mempertahankan gelaran juara. Tahun2 sebelum ini, nasyid dimonopoli oleh pelajar lelaki.




Aku & kawan2 juga byk menyertai xtvt luar sekolah. Selain sukan seperti merentas desa, kami paling suka mengikut rombongan sekolah. Antara tempat yang kami sama2 pernah lawati, adalah ke Melaka, Port Dickson dan Pameran Pedang zaman Rasulullah di Pusat Islam Negara.




Kami juga aktif menghadiri seminar2 motivasi sama ada di sekolah ataupun di luar. Xtvt 'masuk hutan' pertama kami ialah di Ulu Gombak, anjuran UIAM. Banyak pengalaman & kenangan yang kami 'kutip' di sana. Xtvt susulan ialah di Kem Motivasi Bumi Jati di Klang, xtvt under ABIM dan beberapa lagi yang lain.


Selain itu, aku juga agak aktif dengan xtvt pengawas. Hehehe... seronok gak jadik pengawas. Walaupun pelajar lain 'anti' pengawas, tapi di sekolah aku tak mcm tu.






Masa form 5, pengawas kene pakai blazer, berkasut kulit dan bertali leher. Wah... mcm dlm dunia korporat la plak... Kami perlu memberi contoh yang baik pada adik2 junior yang lain. 
Selain sibuk dengan persediaan SPM, kami sangat enjoy dengan duni kami sendiri. YA ALLAH, aku bersyukur mendapat sahabat seperti mereka. Tidak pernah aku terfikir akan terpisah dengan mereka semua selepas zaman persekolahan. Kerana 'dunia' selepas zaman persekolahan adalah 'lebih' mencabar bagiku....

No comments:

Post a Comment