BANK PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR MALAYSIA BERHAD
Alhamdulillah, dengan bantuan En. Wan Sulaiman, aku dapat berkerja di Bank Pembangunan. Jasa baik beliau yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila2. Aku akan menjaga nama baiknya selagi mampu. Aku ditempatkan di Unit Latihan, Seksyen Sumber Manusia selama 2 tahun. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang aku 'kutip' di situ. Ketua aku byk membantu aku utk menjaga penampilan diri.
Di awal masa kerja, aku tak ramai kawan baik. hanya Ruhil, Aisyah & Lisa. Persahabatan ni pun ada pasang surut. Tapi aku gembira dgn dia org. Aku aktif dengan xtvt 'panjat gunung' dan 'masuk pulau'. dari situ aku mendpt lebih ramai kenalan, dari level pengurusan hinggalah ke peringkat bawahan... dia org semua baik dgn aku... alhamdulillah, hingga kini pun masih baik.
Antara kursus terawal yang aku hadiri di Menara Bank Pembangunan ialah kursus orientasi. Hingga kini... Lisa, Shahrir dan Kapis masih bersahabat baik dan sering bertanyakan khabar aku.
Haa... jgn tak percaya, aku join nasyid group Bank Pembangunan... heheh... terjebak lepas aku masuk ke Islamic Banking Department dan berkhidmat di situ selama 5 tahun...
Di Islamic Banking, ada perkara baru yang aku pelajari. Hj Johari byk bg peluang utk aku bantu bagi mesyuarat Jawatankuasa Syariah bank. Menariknya aku dapat mengenali Mufti Perak dan isteri secara rapat semasa kami menghadiri mesyuarat di cawangan Kuantan. Alhamdulillah, isteri Mufti Perak sangat baik & mesra sepanjang perkenalan kami. Byk ilmu yang sempat dicurahkan.




No comments:
Post a Comment