Tuesday, 2 August 2011

Menjejak Kaki Ke IPT - Part 2


Satu kejutan bagiku apabila mendapat surat tawaran melanjutkan pengajian di ITM Dungun, Terengganu. OMG... perasaan bercampur baur. Sedangkan satu semester di ITM Jengka pun aku mengambil masa utk 'adapt culture' di sana, bagaimana pula bila berada lebih jauh dari sana.
Mujur masa register kolej, aku terserempak dengan kawan2 lain. Baru la aku rasa lega dan gembira. Rupanya out of 4 kelas dari ITM Jengka, kami dipilih secara rambang seramai 30 orang utk ke Dungun. Jumlah yang agak ramai kerana selebihnya dihantar ke beberapa ITM lain seluruh cawangan.

Maka bermulalah kehidupanku sebagai mahasiswa jurusan perakaunan di ITM Dungun, Terengganu. Kehidupan kami di sana seperti ahli keluarga, saling mengambil berat dan berkongsi cerita.
Lebih meriah bilamana kami diwajibkan mengambil Kesatria sebagai subjek kokurikulum. Berkawad la keje kami tiap2 minggu :)


Sempat sekali join xtvt camping dgn team Kesatria... mmg pengalaman yang agak mengujakan. Bersama akak2 senior yg cun & abg2 senior yg hensem, kami sama2 bercamping 3 hari 2 malam di sebalik bukit gadong.

Selain dari Kesatria, aku dan kwn2 join kelas taekwondo. memang seronok especially masa jamuan hari raya. aku berpeluang berkaraoke dgn abg senior.

Antara xtvt yg paling aku suka ialah riadah bersama teman2 sekuliah. Kami manfaatkan masa yang ada sebaiknya. time ni je nak release tension lepas penat mentelaah pelajaran.



Emmm.... foto nih dah mcm bukan kat m'sia je kan... heheh... antara foto yg aku suka. bersama2 antara teman2 yg sangat baik & memahami


antara memori terindah semasa jamuan 'malam pra graduan'... aku dikelilingi oleh pelajar cemerlang fakulti perakaunan.



Hakikatnya, aku bukan kaki sosial, byk masa dihabiskan dengan kwn2 rapat je. malah ada yg ingat aku sombong.. eemm... mungkin disebabkan aku sgt rapat dgn kwn2 yg 'ditransfer' dari ITM Jengka, membuatkan aku kurang peka dgn kwn2 lain... sorry guys, tak terniat pun.

Zaman belajar yang penuh suka dan duka. Tidak dapat lari dengan memori cinta monyet. Semua itu aku kongsi bersama 'penyimpan mohor besar raja2'. aku yakin, bersama mereka, rahsia aku kemas tersimpan...

Dengan adanya teknologi yang semakin canggih, dapat berjumpa kembali kawan2 yang telah lama terpisah. Guys, aku bahagia bersahabat dgn kamu semua... Bila dgr lagu di bwh ni, mesti hati ni teringat memori kita bersama.


Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia
Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia
Dalam hidup ini
Arungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang
Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada dihadapku
Kan kutanamkan cinta tuk kasihku
Agar ku bahagia

No comments:

Post a Comment