Monday, 1 August 2011

Ucapan Buat SahabatKu

Alhamdulillah kerana kita masih diberi satu lagi peluang untuk melipatgandakan amalan pada Ramadhan kali ini. Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan peluang yang ALLAH masih berikan pada kita.


Dugaan aku...?? Ramadhan kali ini agak tercabar kerana sehari sebelum 1 Ramadhan, kesihatan agak kurang memuaskan. Selain TERpaksa mendapatkan ubat klinik, aku juga TERpaksa mendapatkan 'ubat' dan 'rawatan' dari seorang ustaz. Rupanya ada sesuatu berlaku diluar pengetahuanku. No wonder aku selalu ditimpa sakit. Almost every month mesti sakit ataupun every weekend MESTI demam.


Namun alhamdulillah, syukur... berkat sokongan keluarga dan BFF, aku mampu untuk menghadapinya, insyaallah. Pada BFF yang sangat memahami, tidak ada perkataan yang mampu terucap, selain sangat bersyukur & berterima kasih kerana kita semua masih bersahabat baik & korang byk memberi galakan padaku. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik kalian.


Aku menerima semua ini secara positif. Mungkin berkat doa sahabat baik ku di depan KAABAH telah dimakbulkan dan ALLAH sedang mempermudahkan urusanku. Satu persatu 'penemuan' yang tidak disangka berlaku.


Kawan datang dan pergi, tapi sahabat adalah untuk selamanya. Tidak perlu kita mengungkapkannya kerana kita 'sendiri mau ingat'. Pengalaman, perselisihan faham, dan kenangan telah mematangkan persahabatan kita. Aku syukur dan gembira mempunyai sahabat baik seperti kalian. Semoga ALLAH memanjangkan persahabatan kita. 
Rahsia yang kita kongsi bersama akan tetapku simpan.


Walaupun agak sedih kerana kita telah dipisahkan oleh jarak yang agak jauh, namun di hati ini, terasa kita sangat dekat.


Khas utk mereka yang bergelar sahabatku. :)


http://www.youtube.com/watch?v=1ALaF9GALHI


Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia

Karena sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

No comments:

Post a Comment