Saturday, 17 September 2011

Cahaya Aidil Fitri 2011

Alhamdulillah... segala puji pujian hanya bagi ALLAH yang memberi kita peluang untuk sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya sambutan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, alhamdulillah, syukur.




sama seperti keluarga lain, aku juga mengambil kesempatan semasa satu keluarga berhimpun untuk mengambil foto keluarga. pastinya ibu & bapaku bertambah gembira kerana buat julung kalinya semua anak2 dpt berkumpul bersama pada 1 syawal... adakah peluang seperti ini akan berulang di tahun akan datang. hanya ALLAH yang MAHA mengetahui.


seperti biasa, kami akan berhimpun untuk bersalaman dan bermaafan sesama keluarga sebelum memulakan aktiviti menziarah sanak saudara yang lain. Mak & Bapak sentiasa memaafkan dosa2 anak2 dan mendoakan kesejahteraan kami. 

walaupun penat beraya.. melihat & melayan kaletah adam & qistina memang menghiburkan. belum ada lg anak saudara lain yg bersikap 'berani' & 'selamba' spt dia org 2 beradik.. :) 
Paling 'tak boleh blah' bila adam sound 'mcm rumah hantu kak limah' bila baru sampai kat umah sorg saudara di kmpg... huuu... kalaulah org tu dgr, mmg nahas la. tak perlu la nak describe bentuk umah tu, kira sendiri mau ingat ler.. hehe
sbl tu bila gi umah pak long... dah beberapa kali bwk adam ke sana tp every time sampai, mesti adam dah terlena dlm kete. sudahnya, adam tak kenal atuk saudara sendiri. bila pak long ke bilik, adam intai & tanya aku 'mana org tu pegi'... heheh... lucu la plak.

Sambutan di kampung totally tak sama sptmana sambutan masa kami sekeluarga di KL dulu. Org KL menyambut selama sebulan.. ada je jemputan open house selama dlm tempoh syawal. tp di kmpg, kami merasa kemeriahan hanya dlm minggu pertama. kalo ada pun, tak byk... eemm.. really missed that moment...

Tambahan plak kampeni hanya bg seciput 'token' di saat akhir hujung ramadhan... persiapan pun ala kadar je la, namun masih sgt bersyukur. better than nothing :) 

Xtvt pun agak terhad coz ayah eksiden motor.. kaki kanan terpaksa disimen coz doktor saspek ada tulang patah. aku terpaksa arrange cuti utk bwk ayh ke spital.

Sambutan hari malaysia disambut di Hospital Besar Penang... aku bwk ayh ke bhg kecemasan coz kaki kanan semakin bengkak.. emak plak demam panas & selsema... kamilia...?? demam mcm mak tp takmo amik ubat..
doktor kata ayh buat byk pergerakan.. dia advice utk lebihkan rehat & alas kaki tinggi sket bila tido. mak plak hanya demam selsema biasa je. TAPI mak jarang dpt sakit, bila dah sakit tu, agak teruk gak la...
setel urusan, kami singgah umah mak sedara di bagan. bila sampai umah kami semua tertido coz kepenatan... akupun mmg dah 2 3 hari rasa badan tak brapa sihat. demam on & off je 2 3 menjak nih...

Sunday, 14 August 2011

Laksam















Resepi laksam

Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur - pilihan
secubit garam

Cara menyediakan:
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata dan tapis. Panaskan pengukus.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk/dulang dalam pengukus.Sendukkan adunan ke dlm dulang dan ratakan tipis2.Kukus hingga masak iaitu adunan menggelembung bila masak (anggaran 4-5 min). Angkat, biarkan sekejab barulah digulung kemas. Potong bulat2. Adunan di atas dpt 13 btg bagi saiz dulang sederhana. Hidangkan dgn kuah lemak,ulam2 dan sambal belacan.

nota
Pastikan adunan dikacau setiap kali sebelum disendukkan dlm tudung periuk.dulang diletakkan dulu dlm pengukus sekejap...biarkan panas barulah diletakkan adunan.Jgn lupa sapu minyak di dulang setiap kali nak letak adunan. adunan menggelembung tanda laksam dah masak.boleh angkat dan gulung.... 



Kuah Lemak
bahan2
1/2 kg ikan kembung/ikan tamban/ikan sardin - ikan direbus dgn asam keping dan dibuang tulang dan dimesin
6-7 ulas bawang merah-mesin dgn ikan
1 biji kelapa @ 1 1/2 pkt santan segera-utk santan anggaran 6-7 cawan tp kalau pekat boleh tambah air lagi dlm kuah.
2 keping asam keping ,
1 sudu makan lada hitam-ditumbuk/debu- kalau nak kuah cantik guna lada putih
1 sudu keresek (pilihan)
garam,

bahan2 sampingan:
sambal
timun,daun serai,kubis,taugeh

Cara
Masukkan ikan rebus yg telah ditumbuk lumat/mesin dgn bawang merah ,lada hitam & asam keping serta sedikit santan/air dlm periuk.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan yg selebihnya dan kerisik.Kacau sebati sehingga mendidih, kacau jgn bagi berketul kuahnya. tambahkan garam mengikut citarasa.sedia utk dihidang dgn ulam.

Thursday, 4 August 2011

LONDON ALMOND COOKIES

BAHAN-BAHAN:
9 oz MENTEGA
5oz GULA ICING
16oz TEPUNG GANDUM
2 BIJI MERAH TELUR
1 SUDU KECIL EMPLEX
SEDIKIT VANILLA
COKLAT CAIR (CAIR DENGAN DOUBLE BOIL)
BADAM CINCANG
BADAM BIJI

CARA MEMBUATNYA:
1.     MENTEGA, GULA, MERAH TELUR, EMPLEX DAN TEPUNG GANDUM DAN VANILLA DIADUN DENGAN RATA. (GAUL DENGAN TANGAN SAJA).
2.        AMBIL TEPUNG SEDIKIT, LETAKKAN BADAM BIJI DAN BULATKAN SEPERTI BUAH KANA.
3.        SEJUKKAN SETELAH MASAK.
4.        SALUTKAN COKLAT CAIR DAN TABURKAN BADAM.  MASUKKAN KE DALAM PAPER CUP.
5.        BADAM CINCANG DAN BADAM BIJI DIPANASKAN SEHINGGA MASAK DI DALAM OVEN.

Wednesday, 3 August 2011

XPDC Pertama: Pendakian Gunung Nuang

Tahun pertama berkhidmat di Bank Pembangunan, aku dah mula aktif dengan xtvt kelab sukan. Inilah salah satu cara untuk menambah kenalan.
Aku mmg sukakan xtvt lasak sejak zaman persekolahan, dan pada tanggapan pertamaku xtvt ini tidaklah sesukar mana. Namun tanggapanku meleset sama sekali. Inilah pengalaman yang sangat berharga dan sukar untuk dilupakan.
Walaupun selalu menjadi peserta terakhir dlm xtvt lasak, aku masih tidak patah semangat, malah teruja kerana kwn2 sentiasa sebaris bersamaku.
Segalanya terbukti dalam majalah keluaran Bank, Nadi Pembangunan Oktober 2000.




Dengan menghadiri xpdc ini, aku dpt mengenali pihak pengurusan yg sebelum ini selalu kelihatan segak bergaya disebalik blazer korporat secara lebih rapat. Rupanya mereka mmg friendly dan aktif dengan xtvt kelab sukan bank.
Selain kata2 nasihat, mereka byk berkongsi pengalaman dan memberi dorongan kpd staf baru spt aku. 




Perjalanan dari pos pengawal ke tapak khemah memang memenatkan kerana perjanan yg menjaki bukit. Tapi disebabkan aku kurang membawa bebanan, masih boleh tersenyum la di hadapan lensa kamera... heheh... cuba tgk akak baju kuning tu, kesian dia... kene bwk muatan berat ;p


Setiba di tapak khemah, aku membantu ala kadar je coz tak tahu apa yg patut aku buat. semua tugasan aku serahkan pada yang pakar. kami berkhemah di tepi air terjun. pemandangan yang agak cantik bagiku. Syukur dengan ciptaan ALLAH.
Tukang masak mmg special, wife wan nasir mmg tukang masak yg sedap. di situ aku berkenalan dgn wife wan nasir, aku panggil alang. kami dah mcm kwn rapat.


selepas makan mlm, kami bersembang sambil ada yg bermain karom. xtvt yg simple tp kami enjoy. Aku skip xtvt tgh mlm coz agak menyeramkan.


Seawal pagi kami membuat regangan otot sebelum memulakan pendakian.




walaupun semakin lama semakin penat, aku masih mempunyai mood utk bergambo... heheh... bukan senang nak dpt peluang mcm ni lg.
Akhirnya dgn bersusah payah, kami berjaya tiba di puncak gunung nuang. inilah pendakian pertamaku & dlm ati terpikir, maybe ini yg terakhir... penat giler beb.


Perjalanan turun menjadi semakin sukar kerana hujan lebat. hampir separuh perjalanan pulang aku hanya gelungsur & berpaut pada akar2 pokok. 
Akhirnya berjaya juga tiba ke tapak khemah walaupun hari dah lewat malam.


Masa tidak dilengahkan kerana kami perlu keluar dari kwsn itu. Perjalanan yg sgt sukar kerana tanah liat menjadi licin dan kami terpaksa berjalan di dlm gelap. tak brani bukak lampu picit kerana khuatir bakal menarik perhatian haiwan liar.
Sepanjang perjalanan aku berdoa supaya perjalanan kami dipermudahkan. aku diam kerana agak takut. tiba2 ada kwn menjerit, aku apa lg.... mula la nak nangis. rupanya ada ular yg jatuh dari pokok dan kebetulan jatuh atas bahunya.


Akhirnya tiba juga kami ke pos pengawal dan van Bank sedia menanti. Kami tiba ke Menara Bank Pembangunan jam 1 pagi. Alhamdulillah xpdc pertama yang berjaya dan esoknya aku berjaya menghadirkan diri ke tempat kerja walaupun sgt penat.


Aku dan 2 org kwn ditemubual oleh 'Suara Bank Pembangunan' dan suara kami berkumandang disiaran berita Bank pada hari Sabtu berikutnya. Pengalaman dikongsi bersama teman2 lain...

Jom Masak (1) : Kek Coklat Kukus




Yummy... nmpk sedapkan.. heheh... ni percubaan pertama kali membuat kek kukus. senang je. Jom kita tgk cara membuatnya.


Pukul 4 biji telur bersaiz besar bersama 1 cawan gula hingga kembang.
Masukkan 1 1/2 cawan tepung gandum yang telah diayak bersama 1 cawan serbuk coklat, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh esen vanila, masukkan 1 cawan minyak masak, 1 cawan susu pekat, 1 cawan susu cair. Pukul hingga kembang.
Sementara itu, panaskan pengukus, sediakan loyang yang telah disapu planta dan taburkan sedikit tepung.
Bakar selama 40 minit dengan api yg sederhana.


eeemm... senang je kan.... sedia utk hidangan minum petang :)



Tuesday, 2 August 2011

Futsal... mampukah aku...



Futsal memang sinonim dengan xtvt sukan lasak yang hanya sesuai dengan lelaki. Kalau ye pun perempuan, maybe pengkid saja yg layak menyertai sukan lasak ni. No... no... no... aku telah buktikan perempuan tulen mcm akupun mampu menyertai xtvt sukan spt ni. heheh


Kali pertama menyertai pertandingan luar, team kami mendpt tmpt pertama. Mmg sgt tak sangka sebab team lain nmpk lebih lasak dari kami. Sejak dari itu, kami banyak menyertai pertandingan luar especially mini tournament anjuran Sports Planet Ampang, pertandingan persahabatan, dan beberapa tournament besar anjuran Puteri UMNO, & 3R...
koleksi t'shirt & jersi futsal pun dah byk kat almari baju. Kira 'bahan bukti' la semua tournament yg aku masuk, ;p





Walaupun pernah ada yang kata aku takkan ke mana2 sbb makin ramai staf yg lebih berbakat, aku amik kata2 itu sbg cabaran... mereka mungkin berbakat... tp aku lebih berpengalaman... sesuatu yg lebih 'mahal' yang dia org takde... emm...


Buktinya, aku 'bawak' team dari region utara masa tournament tahun 2008, hampir kesemua takde pengalaman bermain futsal, tp dgn pengalaman yg aku ada, dan kerjasama yg dia org berikan, team kami berjaya mendpt tempat ke 2 keseluruhan, DAN aku menjadi pemain terbaik wanita pertama di Bank. Kami kalah dengan team bank (team asal aku). Alhamdulillah, ini pencapaian tertinggi aku sejak 'terjebak' dengan sukan nih.




Bersukan menyihatkan badan... wah... bersemangat sungguh kan. Aku rasa, hanya berfutsal membuatkan aku berasa badan & minda semakin cergas dan cepat berpeluh. Dengan sukan ini juga aku dpt meluangkan masa bersama kawan2 lain selain teman baik. Kira dapat menambah kenalan la... :)


Tahun ni aku rehat dari menyertai tournament futsal anjuran MITI atas faktor kesihatan. Hanya jadi penonton pun dan membangkitkan semangat aku. Insyaallah pas ni aku akan kembali terjebak dgn sukan ni walaupun prestasi semakin menurun... eemmm...



Pengembaraan bermula... year 2000

BANK PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR MALAYSIA BERHAD

Alhamdulillah, dengan bantuan En. Wan Sulaiman, aku dapat berkerja di Bank Pembangunan. Jasa baik beliau yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila2. Aku akan menjaga nama baiknya selagi mampu. Aku ditempatkan di Unit Latihan, Seksyen Sumber Manusia selama 2 tahun. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang aku 'kutip' di situ. Ketua aku byk membantu aku utk menjaga penampilan diri.

Di awal masa kerja, aku tak ramai kawan baik. hanya Ruhil, Aisyah & Lisa. Persahabatan ni pun ada pasang surut. Tapi aku gembira dgn dia org. Aku aktif dengan xtvt 'panjat gunung' dan 'masuk pulau'. dari situ aku mendpt lebih ramai kenalan, dari level pengurusan hinggalah ke peringkat bawahan... dia org semua baik dgn aku... alhamdulillah, hingga kini pun masih baik.


Antara kursus terawal yang aku hadiri di Menara Bank Pembangunan ialah kursus orientasi. Hingga kini... Lisa, Shahrir dan Kapis masih bersahabat baik dan sering bertanyakan khabar aku.



Haa... jgn tak percaya, aku join nasyid group Bank Pembangunan... heheh... terjebak lepas aku masuk ke Islamic Banking Department dan berkhidmat di situ selama 5 tahun...

Di Islamic Banking, ada perkara baru yang aku pelajari. Hj Johari byk bg peluang utk aku bantu bagi mesyuarat Jawatankuasa Syariah bank. Menariknya aku dapat mengenali Mufti Perak dan isteri secara rapat semasa kami menghadiri mesyuarat di cawangan Kuantan. Alhamdulillah, isteri Mufti Perak sangat baik & mesra sepanjang perkenalan kami. Byk ilmu yang sempat dicurahkan.