Wednesday, 3 August 2011

XPDC Pertama: Pendakian Gunung Nuang

Tahun pertama berkhidmat di Bank Pembangunan, aku dah mula aktif dengan xtvt kelab sukan. Inilah salah satu cara untuk menambah kenalan.
Aku mmg sukakan xtvt lasak sejak zaman persekolahan, dan pada tanggapan pertamaku xtvt ini tidaklah sesukar mana. Namun tanggapanku meleset sama sekali. Inilah pengalaman yang sangat berharga dan sukar untuk dilupakan.
Walaupun selalu menjadi peserta terakhir dlm xtvt lasak, aku masih tidak patah semangat, malah teruja kerana kwn2 sentiasa sebaris bersamaku.
Segalanya terbukti dalam majalah keluaran Bank, Nadi Pembangunan Oktober 2000.




Dengan menghadiri xpdc ini, aku dpt mengenali pihak pengurusan yg sebelum ini selalu kelihatan segak bergaya disebalik blazer korporat secara lebih rapat. Rupanya mereka mmg friendly dan aktif dengan xtvt kelab sukan bank.
Selain kata2 nasihat, mereka byk berkongsi pengalaman dan memberi dorongan kpd staf baru spt aku. 




Perjalanan dari pos pengawal ke tapak khemah memang memenatkan kerana perjanan yg menjaki bukit. Tapi disebabkan aku kurang membawa bebanan, masih boleh tersenyum la di hadapan lensa kamera... heheh... cuba tgk akak baju kuning tu, kesian dia... kene bwk muatan berat ;p


Setiba di tapak khemah, aku membantu ala kadar je coz tak tahu apa yg patut aku buat. semua tugasan aku serahkan pada yang pakar. kami berkhemah di tepi air terjun. pemandangan yang agak cantik bagiku. Syukur dengan ciptaan ALLAH.
Tukang masak mmg special, wife wan nasir mmg tukang masak yg sedap. di situ aku berkenalan dgn wife wan nasir, aku panggil alang. kami dah mcm kwn rapat.


selepas makan mlm, kami bersembang sambil ada yg bermain karom. xtvt yg simple tp kami enjoy. Aku skip xtvt tgh mlm coz agak menyeramkan.


Seawal pagi kami membuat regangan otot sebelum memulakan pendakian.




walaupun semakin lama semakin penat, aku masih mempunyai mood utk bergambo... heheh... bukan senang nak dpt peluang mcm ni lg.
Akhirnya dgn bersusah payah, kami berjaya tiba di puncak gunung nuang. inilah pendakian pertamaku & dlm ati terpikir, maybe ini yg terakhir... penat giler beb.


Perjalanan turun menjadi semakin sukar kerana hujan lebat. hampir separuh perjalanan pulang aku hanya gelungsur & berpaut pada akar2 pokok. 
Akhirnya berjaya juga tiba ke tapak khemah walaupun hari dah lewat malam.


Masa tidak dilengahkan kerana kami perlu keluar dari kwsn itu. Perjalanan yg sgt sukar kerana tanah liat menjadi licin dan kami terpaksa berjalan di dlm gelap. tak brani bukak lampu picit kerana khuatir bakal menarik perhatian haiwan liar.
Sepanjang perjalanan aku berdoa supaya perjalanan kami dipermudahkan. aku diam kerana agak takut. tiba2 ada kwn menjerit, aku apa lg.... mula la nak nangis. rupanya ada ular yg jatuh dari pokok dan kebetulan jatuh atas bahunya.


Akhirnya tiba juga kami ke pos pengawal dan van Bank sedia menanti. Kami tiba ke Menara Bank Pembangunan jam 1 pagi. Alhamdulillah xpdc pertama yang berjaya dan esoknya aku berjaya menghadirkan diri ke tempat kerja walaupun sgt penat.


Aku dan 2 org kwn ditemubual oleh 'Suara Bank Pembangunan' dan suara kami berkumandang disiaran berita Bank pada hari Sabtu berikutnya. Pengalaman dikongsi bersama teman2 lain...

No comments:

Post a Comment