Alhamdulillah... segala puji pujian hanya bagi ALLAH yang memberi kita peluang untuk sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya sambutan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, alhamdulillah, syukur.
sama seperti keluarga lain, aku juga mengambil kesempatan semasa satu keluarga berhimpun untuk mengambil foto keluarga. pastinya ibu & bapaku bertambah gembira kerana buat julung kalinya semua anak2 dpt berkumpul bersama pada 1 syawal... adakah peluang seperti ini akan berulang di tahun akan datang. hanya ALLAH yang MAHA mengetahui.
seperti biasa, kami akan berhimpun untuk bersalaman dan bermaafan sesama keluarga sebelum memulakan aktiviti menziarah sanak saudara yang lain. Mak & Bapak sentiasa memaafkan dosa2 anak2 dan mendoakan kesejahteraan kami.
walaupun penat beraya.. melihat & melayan kaletah adam & qistina memang menghiburkan. belum ada lg anak saudara lain yg bersikap 'berani' & 'selamba' spt dia org 2 beradik.. :)
Paling 'tak boleh blah' bila adam sound 'mcm rumah hantu kak limah' bila baru sampai kat umah sorg saudara di kmpg... huuu... kalaulah org tu dgr, mmg nahas la. tak perlu la nak describe bentuk umah tu, kira sendiri mau ingat ler.. hehe
sbl tu bila gi umah pak long... dah beberapa kali bwk adam ke sana tp every time sampai, mesti adam dah terlena dlm kete. sudahnya, adam tak kenal atuk saudara sendiri. bila pak long ke bilik, adam intai & tanya aku 'mana org tu pegi'... heheh... lucu la plak.
Sambutan di kampung totally tak sama sptmana sambutan masa kami sekeluarga di KL dulu. Org KL menyambut selama sebulan.. ada je jemputan open house selama dlm tempoh syawal. tp di kmpg, kami merasa kemeriahan hanya dlm minggu pertama. kalo ada pun, tak byk... eemm.. really missed that moment...
Tambahan plak kampeni hanya bg seciput 'token' di saat akhir hujung ramadhan... persiapan pun ala kadar je la, namun masih sgt bersyukur. better than nothing :)
Xtvt pun agak terhad coz ayah eksiden motor.. kaki kanan terpaksa disimen coz doktor saspek ada tulang patah. aku terpaksa arrange cuti utk bwk ayh ke spital.
Sambutan hari malaysia disambut di Hospital Besar Penang... aku bwk ayh ke bhg kecemasan coz kaki kanan semakin bengkak.. emak plak demam panas & selsema... kamilia...?? demam mcm mak tp takmo amik ubat..
doktor kata ayh buat byk pergerakan.. dia advice utk lebihkan rehat & alas kaki tinggi sket bila tido. mak plak hanya demam selsema biasa je. TAPI mak jarang dpt sakit, bila dah sakit tu, agak teruk gak la...
setel urusan, kami singgah umah mak sedara di bagan. bila sampai umah kami semua tertido coz kepenatan... akupun mmg dah 2 3 hari rasa badan tak brapa sihat. demam on & off je 2 3 menjak nih...
No comments:
Post a Comment