Monday, 1 August 2011

Menjejak Kaki Ke IPT - Part 1

Institut Teknologi MARA

Kali pertama berpisah jauh dengan keluarga. Even hanya ke Jengka, Pahang... Rutin hidupku semuanya sangat berubah sama sekali. Tiada lagi xtvt lepak bersama kawan2 seperti lazimnya. Joging di tasik Kelana Jaya sambil menikmati udara petang yang segar. Aku berasa sangat janggal dengan dunia baru kini.
Zaman ini masih belum mampu memiliki handphone, hanya surat pengutus khabar berita antara aku dengan keluarga & teman2.
Setiap kali cuti hujung minggu, aku akan pulang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa keluarga dan teman2. Mmg saat yang aku nantikan.

Hanya satu semester di ITM Jengka. Mujur teman sebilik sangat baik & memahami. Walaupun kami sangat berbeza, masing2 cuba 'adapt culture' di situ.


Foto bersama Haisah, room mate aku yg alim & penyabar. Banyak membimbing aku utk terus menutup aurat dan membuat kebaikan. Kerana Haisah, aku byk join xtvt usrah di Awis Qarni (nama masjid di situ)


Foto bersama Yus, juga teman sebilik. ramai siswa yg usha line dia... baik dgn aku hanya sbb aku room mate Yus... hehehe...


Satu semester yang menceriakan... En. Mazli byk memainkan peranan hingga kami berasa spt satu keluarga yang bahagia. xtvt role play & group presentation membuatkan kami lebih berkeyakinan di dpn public.
Sebagai pelajar jurusan professional, bahasa inggeris sgt penting. itulah yang ditekankan oleh en mazli.

Hingga kini kenangan di ITM Jengka masih kemas terpahat di memoriku. Kali pertama makan di dewan makan... abis kulitku mengelupas, entah apa la menu yg buat aku allergic....

Bercampur dgn budak2 pandai, aku hampir ketinggalan jauh pada awal semester... hasil consultation personally dgn lecturer membuahkan hasil... heheh... agak lemah add math la aku. Tak jemu & malu aku menuntut ilmu, menangis dpn lecturer. Alhamdulillah.... tidak jemu aku mengucapkan syukur kepadaNYA.

No comments:

Post a Comment